Whatever I feel, exactly how I feel - wherever I am... Dedicated to my loved ones - wherever they are... For your thoughts - wherever you are...
Wednesday, November 13, 2013
Rumahtangga Cinta
Rumahtangga Cinta.
Bukan kita bina rumahtangga,
semata suka-suka,
untuk nafsu sahaja,
tetapi untuk masa hadapan,
untuk ummah kita,
dan buat akhirat sana.
Rumahtangga kita rumahtangga cinta,
kalau benar cinta mesti mahu ke syurga,
jika melempar ke neraka bagaimana namanya cinta?
cinta palsu mungkin,
cinta sebenar tidak akan begitu rupanya.
Maka apakah buktinya kita cinta?
Bukanlah semata dengan kata,
tetapi dengan amal dan tindakan kita,
bergerak di atas panduanNya,
menyisih dari kemurkaanNya,
rumahtangga cinta itu kita bina,
untuk dunia dan akhirat sana.
~ Hilal Asyraf.
Wednesday, October 16, 2013
Isteri Solehah
Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.
Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.
Berpandukan sejarah tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang
soleh.
semoga aku dpt menjadi seorg isteri solehah.. amin :)

ANDAI MASANYA BELUM TIBA..
"A woman’s heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her"
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Ilahi,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama & akhlak yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah Ya Mujiib,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah Ya Hakiim,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah Ya 'Aliim,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin
Saturday, August 10, 2013
Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??
Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci.
Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan
cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga,
pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga
dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia
tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat
kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak
yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok
yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena
itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya
bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam
diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang
besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan,
dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih
sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan
seorang isteri yang patuh.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang
bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika
seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka
dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut
adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan
perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang
diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang
menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah
kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan
hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari
sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,
Apa pun hidup kita duhai hawa janganlah kita terlalu bergantung harap pada adam. Berharaplah hanya padaNya
"Peliharalah
perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan
dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang
rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh
memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya
peliharalah perempuan dengan baik".
Subscribe to:
Posts (Atom)