Wednesday, November 13, 2013

Rumahtangga Cinta



Rumahtangga Cinta.

Bukan kita bina rumahtangga,
semata suka-suka,
untuk nafsu sahaja,
tetapi untuk masa hadapan,
untuk ummah kita,
dan buat akhirat sana.

Rumahtangga kita rumahtangga cinta,
kalau benar cinta mesti mahu ke syurga,
jika melempar ke neraka bagaimana namanya cinta?
cinta palsu mungkin, 
cinta sebenar tidak akan begitu rupanya.

Maka apakah buktinya kita cinta?
Bukanlah semata dengan kata,
tetapi dengan amal dan tindakan kita,
bergerak di atas panduanNya,
menyisih dari kemurkaanNya,
rumahtangga cinta itu kita bina,
untuk dunia dan akhirat sana.

~ Hilal Asyraf.

Wednesday, October 16, 2013

Isteri Solehah

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.
Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim    :  Siapakah kamu?
Menantu          :  Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu           :  Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu          : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim    :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya).
Menantu          :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu?
Isteri                :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail      :  Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri               :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.
Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.


Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu?
Menantu           :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu           :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu.
Menantu           :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan.
Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu           :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim   :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).


Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri               :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail       :  Apa katanya?
Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu?
Isteri               :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.
Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri               :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri               :  Alhamdulillah, syukur.


Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.
Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang
soleh.

semoga aku dpt menjadi seorg isteri solehah.. amin :)

ANDAI MASANYA BELUM TIBA..

"A woman’s heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her"

بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Ilahi,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama & akhlak yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Mujiib,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakiim,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Aliim,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

"Sometimes the best & the most beautiful
things in the world cannot be seen,
cannot be touched,
but can be felt in the heart"

Saturday, August 10, 2013

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??






Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang patuh.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

Apa pun hidup kita duhai hawa janganlah kita terlalu bergantung harap pada adam. Berharaplah hanya padaNya

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".