Saturday, July 7, 2012

Irma Hasmie. She's blessed Alhamdulillah


Irma Hasmie. She's blessed Alhamdulillah
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah....



knew her love relationship history with one celebrity, how she being dump, how she faced all the difficulties, how she choose to change, how tough she is with all this, and now SHE BLESSED BY ALLAH, insyaAllah.

kan dah kata, sabar tu pahit, susah, payah. tapi ganjaran bagi orang yang sabar, tak terjangka (^___^)



she was married to someone better than she had before. Alhamdulillah.

dia ni idola la utk aku berubah insyaallah.. walau pn tertutup dia nmpk cntik sgt.. ayu.. 

Monday, April 30, 2012

Don’t Be Sad … Laa Tahzan … Jangan Bersedih …






ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik. INSYAALLAH.

Ketika hati bersedih kita perlu memilih.
Pilihlah untuk senyum walapun kita memiliki seribu masalah,
Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu,
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa,
Kerana ingatlah, ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.
 
Bacalah : Do’a Ketika Sedih

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”(HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)
 
 DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)
اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،
وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.
Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”
(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)
اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئً
“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”
(HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)

Wednesday, January 4, 2012

Rumah kebajikan Makcik Ani

Di rumah kebajikan Mak Cik Ani terdapat seramai 130 ekor kucing jalan yang telah di pungut olih Mak Cik Ani di sekitar negeri Perlis.Sewaktu saya melawati Rumah Kebajikan ini saya amat terharu melihat betapa mulia nya seorang insan yang bernama Mak Cik Ani yang sepanjang masa menjaga kucing- kucing ini seperti anak sendiri.  Semua kucing-kucing yang baru dipungut akan di beri rawatan serta dibersihkandan diletakkan didalam kandang -kadang khas.Terdapat hampir 50 buah kandang yang uzur kerana sudah lama di gunakan.Setiap kandang akan di lapikkan kertas untuk mengelakkan najis kucing-kucing itu mengotori ruang yang sekeliling nya.Setiap masa Mak Cik Ani akan  memeriksa kalau-kalau terdapat kekotorang kucing-kucing tersebut, ini adalah kerana Mak Cik Ani takut gangguan bau jiran-jiran sekeliling nya.Begitu lah rutin hidup Mak Cik Ani seharian.Selain dari menjaga kucing-kucing  ini Mak Cik Ani juga menjaga ibu nya yang sudah uzur.Bayangkan lah betapa berat nya tanggungan Mak Cik Ani.Sudah lah hidup berseorang tanpa pekerjaan tetap habis barang kemasnya dijual untuk menampong perbelanjaan harian nya.Semasa saya bersembang-sembang dengan Mak Cik Ani sempat juga saya bertanyakan kos seharian untuk membelanja  makanan kepada kucing-kucing nya..ikan 10 kg, makanan 15kg dan upah membuang najis kucing 1 plastik sampah RM1... shari hampir 15 plastik... itu pon  tidak termasuk kos rawatan . Termenung sejenak saya memikirkan berapa kos yang ditanggung sebulan,,,,,Di sini saya ingin berkongsi dengan pencinta-pencinta kucing  mari lah kita memberi sumbangan apa saja wang atau tenaga untuk membantu Mak Cik Ani yang berhati mulia ini,,,,,,
























update

sape2 yg nk membantu makcik ani.. boleh pos atau terus pergi ke rumah :

azni bt ahmad
31, lorong tok tijah, batu 1 1/2 kampung baru,
jalan kaki bukit, 01000 kangar perlis

bank rakyat : 22-032-116817-5


Monday, November 28, 2011

strategi berniaga org cina

artikel ni actually copy paste je.. ilmu bermanafaat x salah nk kongsi bersame.

Anda biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan….

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan conto
h.Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau
tidak?Kemudian anda te
rfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.


Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah Sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 oirang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek. Selamat maju jaya.

Credit to : iluvislam.com

Sunday, October 30, 2011

Bila Rasa Sedih...

Bila kita sedih...
Bila kita sedih kita tak nak orang lain mengungkit tentang kesedihan kita..
Bila kita sedih kita tak nak orang lain terlampau simpati pada kita..
Bila kita sedih kita tak nak dengar orang lain nasihatkan kita..
Bila kita sedih takde ape pun nasihat yang boleh buat kita gembira..
Bila kita sedih kita rasa benci pada orang yang gembira dengan kesedihan kita..
Bila kita sedih kita rasa nak lempang orang yang berkata relaks laa jangan nangis lagi..
Bila kita sedih takde satu perkataan pun yang dapat menggambarkan kesedihan kita..
Bila kita sedih kita rasa tiada orang yang boleh fahami perasaan kita..
Bila kita sedih kita rasa tak nak diganggu.. 
Bila kita sedih kita rasa nak dibelai dan disayangi..
Bila kita sedih kita cuma nak layan kesedihan kita dengan menangis dan mengenang..
Bila kita sedih kita harap rasa sedih itu akan hilang detik demi detik..
Bila kita sedih sebenarnya kita tak perlukan perkara lain selain masa...sebab masa itulah akan mengubat kesedihan itu...
"because time will heals"